• 2025-07-21 06:24 PM

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan pendakian di Moongate Trail Botanic Garden di Pulau Tikus, pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, mangsa dikenali sebagai Lim Kee Wan.

“Pasukan kami menerima panggilan kecemasan pada 9.56 pagi memaklumkan terdapat seorang lelaki pengsan. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal tiba di lokasi pada 10.11 pagi dan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun gagal menyelamatkan mangsa,“ katanya dalam kenyataan.

Lim disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi, dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - Bernama