the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki terjatuh semasa lakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel Langkawi

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini.

Ketua Zon 4 Langkawi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.15 tengah hari sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa Khairul Nizam Jaffar, 41, yang merupakan pekerja penyelenggaraan kereta kabel yang dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di tingkat dua.

“Dianggarkan mangsa jatuh dari ketinggian antara 40 hingga 50 meter dan keadaan mangsa masih belum diketahui lagi kerana kedudukan mangsa jauh di bawah,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang dalam proses untuk turun bagi mencari dan mengesan mangsa sebelum membawa mangsa ke tempat yang selamat untuk tindakan susulan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings