the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lihat kembali idealisme parti, bakat pemimpin untuk terus bina kekuatan PKR: Rafizi

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR untuk melihat kembali idealisme parti dan mengasah bakat pemimpin supaya dapat terus memperkuatkan parti dalam mengharungi ledakan politik yang berlaku sekarang.

Beliau berkata hanya idealisme yang mampu menguatkan keazaman parti berusia 25 tahun itu untuk terus bergerak, membina kekuatan dan menyantuni rakyat sekali gus memastikan kedua-dua sayap itu menjadi tonggak kekuatan kepada PKR.

“Saya lontarkan kepada pemimpin, perwakilan Wanita dan AMK, apa idealisme yang menyebabkan saudara-saudari menyertai parti? Soalan itu adalah soalan tonggak.

“Jika idealisme itu betul, maka marilah cabaran, susah macam mana pun, Insya-Allah daripada idealisme itulah, membuatkan saudara-saudari kental mencari jalan, gagah dan tidak takut kepada apa jua cabaran. Begitulah macam mana parti ini dibina daripada awal,” katanya ketika merasmikan secara serentak Kongres AMK dan Wanita PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata sesebuah parti politik tidak dapat bergerak ke hadapan dengan hanya bersandarkan idealisme dan tanpa kekuatan organisasi serta menyusun kelebihan bakat pemimpin yang baik.

Beliau berkata PKR kini menjadi kerajaan di tengah-tengah perubahan sosiobudaya masyarakat yang berbeza jika dibandingkan pada tahun 90-an yang ‘kesedaran politik’ lahir daripada perasaan tidak puas hati terhadap situasi melanda Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu.

Beliau berkata kedua-dua sayap parti itu kini mempunyai cabaran besar untuk meraih sokongan golongan belia di negara ini kerana anak-anak muda sekarang mempunyai jangkaan tinggi terhadap kerajaan dan mempunyai had kesabaran yang terhad.

“Itu cabaran saudara-saudari. Jika anda tidak bersedia dengan kecekapan, tuntas idea, matangnya kita mengendalikan organisasi, bukan sahaja saudara-saudari menghancurkan parti yang dipimpin tetapi boleh menoktahkan kerjaya politik saudara-saudari lebih awal,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa parti akan menamatkan khidmat pemimpin yang menjawat jawatan dalam kerajaan daripada parti jika melakukan sebarang kesalahan selain dicari oleh pihak berkuasa berhubung sesuatu isu.

Terdahulu, perwakilan kedua-dua sayap tersebut yang diketuai Ketua AMK Adam Adli Abd Halim dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek disajikan tayangan montaj 25 tahun Reformasi Keadilan dan genap setahun Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 yang bermula hari ini, mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI”. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings