Your Title

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya adalah defektif atau cacat.

Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz dan peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf.

“Mahkamah telah meneliti bantahan awal tertuduh-tertuduh dan hujahan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah ini mendapati pertuduhan dalam kes ini adalah mengikut undang-undang yang diperuntukkan tidak defektif.

“Mahkamah juga mendapati tiada unsur dalam pertuduhan yang menunjukkan bahawa tertuduh-tertuduh dinafikan pembelaan yang sewajarnya.

“Oleh itu, bantahan awal pihak pembelaan ditolak dan kes ditetapkan perbicaraan pada 2 petang ini,” kata Hakim Syahliza semasa prosiding kes itu.

-- LAGI