KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,398 orang daripada 1,405 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 2,632 orang daripada 799 keluarga pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah.

Di Pasir Mas, sebanyak 11 PPS dibuka melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang yang menempatkan 813 mangsa daripada 264 keluarga, SK Gual Tinggi (898 mangsa daripada 293 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Rantau Panjang (634 mangsa daripada 225 keluarga), SMK (Agama) Lati (88 mangsa daripada 23 keluarga) dan Masjid Mukim Padang Licin (112 mangsa daripada 41 keluarga).

Enam lagi PPS ialah SK Gual Periok yang menempatkan 269 mangsa daripada 79 keluarga, SK Sri Kiambang (345 mangsa daripada 107 keluarga), SK Chicha Tinggi (261 mangsa daripada 72 keluarga), SK Lati (223 mangsa daripada 62 keluarga), SMK Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga) dan SK Sri Rantau Panjang 2 (583 mangsa daripada 190 keluarga).

Selain itu, sebuah PPS dibuka di jajahan Tanah Merah iaitu Balai Raya Padang Kijang dengan menempatkan seramai 19 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara itu https://publicinfobanjir.water.gov.my/ menunjukkan Sungai Golok di Pasir Mas merekodkan bacaan paras bahaya iaitu 10.18 meter (m), manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada tahap waspada dengan bacaan 2.25m. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image