the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Orang hilang: Polis minta bantuan kesan Dhiya Azzahra

KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, yang tidak pulang ke rumah sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12, dilaporkan hilang oleh bapanya pada 7.40 malam tadi selepas menyedari anak kedua daripada lima adik beradik itu tidak pulang ke rumah sejak 9 pagi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Dhiya Azzahra memaklumkan kepada bapanya untuk menghadiri sambutan hari lahir di sekolah pada pagi semalam sebelum disedari tidak pulang ke rumah di Seksyen U3, Shah Alam, Selangor.

“Kanak-kanak itu berketinggian 150 sentimeter, mempunyai berat 45 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Dia kali terakhir dilihat memakai seluar denim, baju sejuk, tudung berwarna hitam dan kasut sukan berwarna-warni,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata Dhiya Azzahra mempunyai masalah katarak pada mata kanannya semasa kecil dan telah melakukan pembedahan bagi membuang selaput.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Hizam Talib menerusi talian 012-6550 262.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings