the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasca banjir: 313 keluarga di rompin terima sumbangan Bakul Rahmah, wang tunai

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah dan wang tunai berjumlah RM72,000 kepada 313 keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di Rompin.

Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh (gambar) dalam kenyataan berkata sumbangan pasca banjir itu bertujuan meringankan beban mereka yang telah ditimpa bencana.

Beliau berkata ia disampaikan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di kampung Orang Asli dan kampung tradisi antaranya Kampung Bukit Serok, Kampung Meripoh, Kampung Rekoh, Kampung Perwira Jaya, Kampung Lubok Batu selain Kampung Gadak.

Katanya Bakul Rahmah itu disumbangkan oleh Rakan Strategik KPDN antaranya Yayasan Food Bank Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, manakala wang tunai disumbangkan oleh Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Takwa.

“Sejak banjir melanda pada 1 Mac lepas, KPDN menerusi pejabat KPDN Pahang telah menghulurkan bantuan kepada 837 mangsa banjir di Pahang melibatkan kawasan Chini (Pekan), Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin. Sejumlah 800 bungkusan sumbangan bantuan Food Bank dan Bakul Rahmah disampaikan kepada mereka yang terkesan akibat musibah ini,” katanya.

Selain itu, menurut Fuziah sepanjang berlakunya banjir Sekretariat Food Bank Malaysia bersama Rakan-Rakan Strategik Utama program Bakul Rahmah telah mengagihkan sumbangan berbentuk makanan sedia dimakan dan keperluan diri kepada mangsa yang terlibat.

Menurutnya bantuan diagihkan kepada mangsa yang ditempatkan di 41 buah Pusat Penempatan Sementara di lima negeri iaitu Terengganu, Perak, Pahang, Johor dan Kelantan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings