PUTRAJAYA: Polis menahan seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi swasta bagi membantu siasatan kes pukul di jalan raya di Dengkil dekat sini dan turut merampas pengunci stereng yang digunakan untuk mencederakan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal dalam kenyataan berkata laporan dibuat seorang lelaki yang mendakwa dia dan rakannya dipukul suspek berumur 20 tahun itu pada 11.50 pagi tadi.

Beliau berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kepala dan tangan susulan kejadian yang tular itu.

“Motif kejadian adalah tidak puas hati semasa kedua-dua pihak sedang memandu di jalan raya di kawasan Jalan Air Itam menuju ke pekan Dengkil,“ katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Open Two Websites with Image

Clickable Image