the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar kibar bendera China bukan rakyat Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengibarkan bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini bukanlah warga negara Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu dijelaskan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai kepadanya dengan mengatakan pelajar berkenaan sebahagian daripada 33 pelajar dari China yang bersekolah di sekolah terbabit.

“Mereka bukan warganegara Malaysia, mereka belajar di sekolah berkenaan dan ada gambar lain yang menunjukkan pelajar dari China dan pelajar Malaysia kedua-duanya di sekolah ini mereka bersama-sama dalam satu aktiviti dan masing-masing mengibar bendera negara atau negeri masing-masing.

“Saya nampak (dalam gambar) ada pelajar warga China mereka kibarkan bendera China, ada pelajar yang mengibarkan Jalur Gemilang dan ada juga mengibarkan bendera Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di PPR Kerinchi di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas isu tular dua keping gambar dimuat naik menerusi media sosial memaparkan pelajar sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang memegang bendera China.

Sehubungan itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti individu yang menyebar maklumat palsu kononnya pelajar Malaysia mengibarkan bendera China berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah memiliki maklumat individu yang melakukan tindakan adu domba itu dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya minta pihak PDRM mengambil tindakan yang tegas kerana mereka cuba menimbulkan satu kegusaran dalam masyarakat kita seolah-olah masyarakat membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Jadi ini tuduhan yang sangat jahat,” katanya.

Fahmi turut menasihati orang ramai agar menyelidik dahulu sesuatu perkara dan mendapatkan fakta sahih sebelum membuat sebarang komen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings