the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaksanaan SBPKP dan SIPP tidak libat kawasan projek rintis baja – KPKM

PUTRAJAYA: Pelaksanaan program Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) sedia ada tidak melibatkan kawasan terpilih di bawah Program Rintis, demikian menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pelaksanaan SBPKP dan SIPP masih diteruskan dan pada masa sama akan memastikan kebajikan pesawah terjaga melalui pemberian subsidi serta insentif dari semasa ke semasa.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi Projek Rintis melalui inisiatif Belanjawan 2024 iaitu melibatkan pakej pembekalan, penghantaran dan perkhidmatan aplikasi secara terus untuk baja sebatian, baja bio serta baja organik di Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kelantan.

“Melalui projek rintis ini, pembekalan baja dilaksanakan secara pembajaan tepat dan khusus berdasarkan maklumat soil profiling yang disyorkan Jabatan Pertanian mengikut status kesuburan tanah di kawasan yang dikenal pasti.

“Pembekalan baja berdasarkan mengikut keperluan tanah serta penggunaan baja bio dan organik dalam penanaman padi di kawasan terpilih ialah langkah permulaan kerajaan dalam usaha memulih dan meningkatkan kesuburan tanah sekali gus menyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran padi dan beras negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada laporan sebuah media dalam talian yang mendakwa penarikan skim baja padi akan memberi kesan kepada petani selain menggesa KPKM mempertimbangkan dengan lebih mendalam implikasi projek itu terhadap petani.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings