the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar – KPM

PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang berlangsung dari 2 Dis hingga 6 Feb lepas, berjalan lancar dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan walaupun peperiksaan SPM 2024 diadakan dalam musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan bencana banjir di beberapa negeri, namun ia tetap berjaya dilaksanakan dengan baik.

“Keberhasilan ini adalah hasil daripada kesiapsiagaan awal, pengurusan yang cekap, dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, jabatan pendidikan negeri, pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti,“ menurut kenyataan itu.

KPM juga merakamkan penghargaan kepada semua 126,636 petugas peperiksaan, termasuk 5,780 sukarelawan yang terdiri daripada pesara guru, yang dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM 2024.

Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024 atas semangat juang, kecekalan dan kejayaan menduduki peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar.

“KPM mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM 2024. Semoga kejayaan menjadi milik anda untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,“ menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings