the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan ahli Parlimen: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi kawasan itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan yang memberhentikan peruntukan untuk kawasan parlimen berkenaan.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata permohonan itu dibuat di luar masa, dan beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan perkara berkenaan.

“Permohonan itu tidak difailkan dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Perkara peruntukan adalah urusan eksekutif yang berada di luar bidang kuasa mahkamah,” kata hakim itu yang kini menjadi hakim Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengikat agensi kerajaan untuk memperuntukkan dana sedemikian kepada mana-mana Ahli Parlimen, tanpa mengira sokongan mereka kepada kerajaan.

“Oleh itu, permohonan untuk mendapatkan kebenaran ditolak… memandangkan kepentingan awam dalam sesuatu kes, saya tidak membuat sebarang perintah terhadap kos,” kata beliau.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Syed Saddiq berkata beliau akan merayu terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Pada 23 April lepas, Syed Saddiq dan tiga pengundi kawasan Parlimen Muar, Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah, dan Muhamad Fadzly Bisri, yang memfailkan permohonan itu telah menamakan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan memberhentikan penyaluran RM500,000 daripada jumlah RM1.7 juta yang sepatutnya dimasukkan terus ke akaun bank Pusat Khidmat Parlimen Muar bagi program kesejahteraan masyarakat, kebajikan dan bantuan bencana.

Selain itu, mereka memohon mahkamah mengembalikan semula akses Syed Saddiq kepada sistem myKHAS, yang menguruskan dana pembangunan RM2 juta bagi kawasan itu, serta keputusan membatalkan beberapa projek bernilai RM230,300 yang diluluskan melalui sistem itu.

Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan kedua-dua responden, yang enggan meluluskan atau memberikan apa-apa peruntukan kepada pemohon pertama sebagai Ahli Parlimen Muar, untuk program di bawah ‘Projek Mesra Rakyat’ ataupun yang seumpama dengannya bagi tahun 2024.

Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan responden telah melanggar hak kesamarataan Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar dan tiga pemohon lain sebagai pengundi kawasan parlimen itu yang terjejas termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings