the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara tentera, mekanik ditahan bantu siasatan kes curi kabel TM

KANGAR: Polis menahan seorang pesara tentera dan mekanik secara berasingan di Sungai Petani, Kedah semalam bagi membantu siasatan kes kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) di Arau.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata kedua-dua lelaki berusia 34 dan 35 tahun itu masing-masing ditahan di Taman Ria Jaya dan Taman Ria, Sungai Petani kira-kira 6.10 petang semalam serta dipercayai rakan sejenayah kepada empat lelaki yang ditahan Jumaat lepas berkaitan kecurian itu.

“Polis merampas sekeping kad bekas tentera atas nama lelaki berusia 34 tahun itu dan hasil siasatan awal, lelaki itu mengaku telah menyewa sebuah kereta jenis Proton X70 di Ayer Hitam, Pulau Pinang serta menyerahkan kepada seorang suspek yang masih bebas.

“Mekanik itu pula mengaku melarikan diri dengan menggunakan kereta Perodua Myvi iaitu kereta dipercayai terlibat dalam kes curi kabel itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pesara tentera itu disyaki terlibat dalam kes itu kerana menyewakan kereta Proton X70 terbabit kepada empat suspek ditahan itu, namun siasatan sedang dijalankan sama ada dia mengetahui kenderaan terbabit digunakan untuk kegiatan jenayah.

Ahmad Mohsin berkata pesara tentera itu didapati bersara awal kerana faktor masalah kesihatan tulang belakang manakala mekanik pula memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Beliau berkata kedua-duanya direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan polis menahan empat lelaki dipercayai mencuri kabel TM selepas kereta dinaiki mereka cuba melanggar anggota polis yang menahan kereta itu semasa rondaan Op Kabel/Kesan/Pintu/Lejang di persimpangan masuk Taman Jejawi Permai di Arau, Jumaat lepas.

Ahmad Mohsin dipetik sebagai berkata empat anggota polis yang membuat rondaan pada 4.20 pagi mendapati kereta Proton X70 dinaiki suspek berumur antara 20 hingga 34 tahun itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata anggota polis cuba menahan kereta itu, namun pemandunya enggan memberikan kerjasama seterusnya bertindak memandu laju cuba melanggar anggota polis terbabit tetapi sempat dielak sebelum merempuh kereta dinaiki sepasukan anggota polis.

Anggota polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah kereta itu untuk mempertahankan diri, namun tidak melibatkan kecederaan terhadap empat suspek itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings