JOHOR BAHRU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas 265 kotak minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata dalam serbuan jam 8.40 pagi itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 53 tahun kerana memiliki minuman keras disyaki tidak mempunyai cukai kastam.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire dan sebuah kereta jenis Toyota Camry dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM243,3000,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

“Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod kesalahan jenayah dan kedua-dua mereka kini ditahan reman di bawah Seksyen 116 C Akta Kastam 1967 selama tujuh hari, bermula hari ini,”katanya.