the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PJS ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh susulan tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, yang dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar daripada Suhardi kerana status MOM selaku badan payung persatuan sukan kebangsaan dijamin dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.

“Kenyataannya, andai ia benar, melambangkan niat jahat daripada Pesuruhjaya Sukan.

“Walaupun MOM tidak berada dalam perjumpaan berkenaan, ugutan itu dikeluarkan tanpa sebarang sebab,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Biarpun enggan membuat kesimpulan secara terburu-buru, Mohamad Norza menuntut Suhardi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan kenyataan dibuatnya disifatkan melampaui batas.

Beliau pada masa sama juga mengarahkan Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Mohd Najib, mengambil tindakan sewajarnya dengan mengemukakan bantahan, jika ia benar berlaku.

Klip audio berdurasi satu minit 20 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp memetik Suhardi mengugut membatalkan pendaftaran MOM.

Rakaman perbualan itu dipercayai dibuat ketika perjumpaan antara Suhardi dan dua kumpulan mewakili kelompok pucuk pimpinan e-sukan berhubung pendaftaran dan keahlian antarabangsa sebuah badan induk sukan berkenaan pada 14 Nov lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings