GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai saksi penting bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mohd Amiruddin Mazlan, 35, yang terakhir didaftarkan beralamat di Desa Permai Indah, Sungai Dua, Gelugor, diperlukan untuk memberi keterangan berkaitan kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan bahawa lelaki itu merupakan individu penting dalam siasatan berkenaan.
“Polis sedang mengesan segera lelaki ini bagi membantu siasatan kes dadah tersebut,“ katanya dalam kenyataan rasmi.
Mohd Amiruddin atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Insp Nur Hasanah Jamil, di talian 019-3660848.
Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi memastikan siasatan berjalan lancar. – Bernama