KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki warga Mesir yang dilaporkan hilang sejak 21 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata laporan kehilangan dibuat oleh Universiti Taylor’s setelah keluarga mangsa gagal menghubunginya.
Mangsa dikenal pasti sebagai Youssef Sameh Sayed Khaled Abdelwahab, berusia 17 tahun.
Beliau merupakan bekas pelajar di universiti swasta tersebut dengan ketinggian 175 sentimeter dan berat 60 kilogram.
Ciri fizikal lain termasuk rambut pendek hitam kerinting.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis terdekat.
Maklumat juga boleh disalurkan melalui bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau 03-7862 7100. - Bernama