Your Title

GEORGE TOWN: Polis Daerah Timur Laut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki itu dikenali Lee Goon Aun, 71, dan kali terakhir dilihat memakai baju belang berwarna merah kelabu serta berseluar slek hitam.

“Kali terakhir anaknya jumpa pukul 2 petang semalam. Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi Ketua Balai Lebuh Pantai Inspektor Abd Basir Hashim di talian 017-6681423,” katanya dalam kenyataan hari ini.