the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Potongan gaji bayaran PTPTN kini secara dalam talian

KUALA LUMPUR: Potongan gaji pekerja bagi tujuan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sebelum ini diuruskan secara manual boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal Majikan Online.

PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan dalam talian berkenaan juga boleh digunakan untuk penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Perkhidmatan dalam talian memberi kemudahan platform kepada majikan dengan proses pengesahan dan semakan data yang lebih mudah dengan proses keseluruhan potongan gaji dilaksanakan secara digital,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid dalam kenyataan sama dipetik sebagai berkata Portal Majikan Online merupakan satu agenda pendigitalan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien.

“Dengan adanya Portal Majikan Online, majikan boleh melakukan transaksi potongan gaji pekerja pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selamat,” katanya.

Ahmad Dasuki berharap majikan dapat membantu pekerja yang merupakan peminjam PTPTN mengambil peluang membuat bayaran balik melalui potongan gaji untuk menikmati insentif diskaun yang diberikan kerajaan.

“Kerajaan melalui Belanjawan 2024 bersetuju dengan pemberian insentif diskaun 15 peratus untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji bermula 14 Okt 2023 hingga 31 Mac 2024,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings