BENTONG: Suasana panik melanda Kampung Baru Bentong apabila sebuah premis perniagaan empat tingkat dilaporkan terbakar petang tadi. Kejadian itu menyebabkan kerosakan teruk pada aras tiga bangunan, manakala aras dua hanya mengalami kerosakan lima peratus.
Menurut Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang. “Kebakaran berjaya dikawal pada 6.05 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada 8.36 malam,“ katanya dalam kenyataan rasmi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sebanyak 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Karak, serta Pasukan Bomba Sukarela Perting terlibat dalam operasi pema