the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Presiden MPI Yong Soo Heong terima anugerah Hawana 2025

KUALA LUMPUR: Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Yong Soo Heong hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah HAWANA 2025 pada majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Anugerah disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut disaksikan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj yang juga Pengarah Projek HAWANA 2025.

Mempunyai pengalaman hampir 50 tahun dalam industri media, Yong yang kini berusia 70 tahun memulakan kariernya sebagai wartawan di dua akhbar tempatan di Pulau Pinang, iaitu The Star dan The Straits Echo sebelum menyertai Bernama pada 15 Ogos 1974.

Di Bernama, beliau telah memainkan pelbagai peranan termasuk memegang jawatan tertinggi seperti ketua pengarang dan pengurus besar selain bertanggungjawab menghasilkan buku panduan gaya penulisan (house style) bagi memastikan penghasilan berita yang seragam dan berkualiti oleh agensi berita rasmi negara itu.

Beliau juga mengasah keupayaannya dalam menjana lebih banyak pendapatan untuk Bernama melalui usaha komersial yang lebih besar, bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Ini mencerminkan kepekaan perniagaannya, hasil pengalamannya bertugas di Perkhidmatan Berita Ekonomi sepanjang kerjayanya di agensi itu.

Malah, kemahiran dalam laporan perniagaan dan jaringan hubungan beliau telah memberi manfaat besar kepada Bernama apabila Yong berjaya menarik lebih banyak entiti komersial untuk mengambil ruang iklan di berita portal – www.bernama.com.

Sepanjang kerjayanya, beliau kerap membuat liputan mengenai Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Perdana Menteri Malaysia.

Liputan berita perniagaan Yong turut menjadikannya mesra dengan tokoh utama dalam bidang ekonomi dan perniagaan kerajaan seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah dan Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Selain itu, Yong mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh korporat yang turut membantu mengukuhkan relevansi Bernama.

Sebelum bersara pada Okt 2014, beliau telah mengemudi Bernama dalam membantu kerajaan Malaysia menganjurkan Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di Putrajaya.

Tidak terhenti di situ, selain mengepalai MPI dalam memperkasakan profesionalisme kewartawanan negara, Yong yang kini Ketua Pengarang The Weekly-Echo, iaitu portal berita miliknya dan aktif menulis untuk ruangan pendapat bagi akhbar New Straits Time dan Nanyang Siang Pau.

Bermula pada 2018, anak kelahiran Pulau Pinang itu juga terlibat secara aktif sebagai ahli Jawatankuasa Pro-Tem bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM), suatu usaha yang akhirnya membawa kepada penggubalan Akta Majlis Media Malaysia 2024, perjalanan hampir 64 tahun sejak idea itu dicetuskan kira-kira akhir 1960-an.

Dari 2019 hingga Oktober 2024, Yong juga menjadi ahli Majlis Penyeliaan Bernama, suatu pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri Komunikasi.

Majlis itu berperanan memastikan keseimbangan dalam peranan kritikal agensi berita nasional itu dalam menyebarkan maklumat kepada pelanggan serta perkara berkaitan etika dan perundangan supaya Bernama dapat beroperasi tanpa gangguan daripada sebarang isu undang-undang.

HAWANA 2025 yang bertemakan Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat dan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa.

Anugerah HAWANA bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.

Anugerah sulung HAWANA diberi kepada Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 2018, diikuti Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) (2022), Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid (2023) dan James Alexander Ritchie atau lebih dikenali sebagai James Ritchie (2024).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings