the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutamanya mengenai tarif dan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar US melemah dalam persekitaran penurunan dalam hasil Perbendaharaan AS dan kejatuhan harga ekuiti disebabkan pelabur menilai pendapatan korporat.

“Laporan pendapatan terkini daripada peruncit utama AS, Walmart, menekankan bahawa ketidaktentuan dalam tingkah laku pengguna, keadaan ekonomi global dan geopolitik dijangka menjejaskan prestasi kewangannya tahun ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Afzanizam berkata jualan runcit AS jatuh 0.9 peratus bulan ke bulan pada Januari, justeru menimbulkan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi.

Beliau berkata Indeks Dolar US berada pada 106.372 mata berbanding sebelum ini yang melepasi 107.

“Prospek ekonomi yang lebih lemah pada kebiasaannya menimbulkan jangkaan bahawa pelonggaran monetari oleh bank pusat akan berlaku.

“Bagaimanapun, pandangan yang kerap dilontarkan itu bertentangan dengan petunjuk daripada Rizab Persekutuan AS kerana ia tidak tergesa-gesa untuk menurunkan Kadar Dana Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya timggi berbanding beberapa mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9435/9619 daripada 2.9454/9490 dan menambah berbanding pound Britain kepada 5.5794/6136 daripada 5.5833/5896, bagaimanapun ia merosot berbanding euro kepada 4.6238/6521 daripada 4.6196/6248.

Ringgit melonjak berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3023/3228 daripada 3.3060/3099 dan turut mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1232/2146 daripada 13.1459/1685.

Dalam pada itu, mata wang tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 269.5/271.3 daripada 270.9/271.4 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.65 daripada 7.64/7.65 ketika ditutup semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Maritimo Appoints KJM Marine as Middle East and Indian Ocean Dealer

Maritimo has appointed KJM Marine as its exclusive dealer across the GCC and selected Middle East and Indian Ocean markets, expanding regional access to its Australian-built luxury motor yachts with dedicated sales, technical expertise and comprehensive after-sales support.

Strait of Malacca Asia’s second key energy chokepoint: Expert

The Strait of Malacca should be viewed as the second major chokepoint in Asia’s energy and trade chain rather than an alternative to the Strait of Hormuz, said Universiti Utara Malaysia Asian Institute of International Affairs and Diplomacy research fellow Dr Mohammad Khairuddin Othman.

BateriHub, Global Energy Battery partner MNA Metal to tighten Malaysia’s used battery recycling chain

BateriHub and Global Energy Battery have partnered with MNA Metal Resources to strengthen Malaysia's used automotive battery recycling chain, improving responsible collection, documentation and licensed recycling while supporting greater environmental accountability and sustainable waste management across the automotive industry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings