the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekolah adalah institusi sosial dan perpaduan – Timbalan Premier Sarawak

BINTULU: Sekolah bukan sahaja tempat untuk mendapatkan pendidikan, malah institusi penting untuk memperkuatkan integrasi sosial dan perpaduan dalam masyarakat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, masyarakat di Sarawak tetap hidup harmoni dan bersatu.

“Meskipun berbeza latar belakang, budaya dan agama, kita semua bersatu sebagai rakyat Sarawak, atau dalam erti kata lain, kita adalah satu Sarawak,” katanya pada sesi taklimat umum sempena sambutan Hari Sarawak di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu yang dihadiri oleh 1,100 peserta di sini hari ini.

Awang Tengah berkata hasil daripada usaha kolektif rakyat yang hidup harmoni dan saling menghormati itu, Sarawak mampu mengecapi pelbagai kemajuan dan pembangunan menerusi ekonomi baharu sehingga menjadi negeri yang berpendapatan tinggi di Malaysia.

Jelas beliau, turut menerima impak positif daripada ekonomi baharu yang menitikberatkan kelestarian alam adalah bahagian Bintulu, kini menjadi hub pelaburan asing, terutamanya dalam industri minyak dan gas, aktiviti huluan dan hilirannya, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon serta pengeluaran hidrogen dan bahan api biologi lain.

Acara kemuncak sambutan Hari Sarawak ke-61 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 8 malam ini akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan menteri kabinet negeri serta persekutuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings