the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Senarai bahan kimia di bawah Akta Racun perlu dikemas kini, mudahkan pendakwaan kes dadah

BANGI: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mencadangkan supaya Akta Racun 1952 dipinda bagi tujuan pengemaskinian senarai bahan kimia berkaitan dadah pada jadual di bawah akta itu.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi melancarkan proses pertuduhan membabitkan kes penyalahgunaan dadah di mahkamah.

Ayob Khan berkata 110 bahan dalam jadual di bawah akta tersebut ketika ini perlu ditambah berikutan banyak bahan-bahan baharu yang digunakan untuk penghasilan dadah telah dikesan.

“Sebab itu perlu dibuat pindaan tambahan senarai dalam Jadual Akta Racun 1952. Insya-Allah, bagi tambahan senarai bahan kimia ke dalam akta, ia tidak akan memakan masa yang lama,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Alat Tims-tof di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata kemas kini itu juga perlu kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) telah menyenaraikan lebih 1,000 bahan dan dadah yang berbahaya serta boleh disalahgunakan.

Ayob Khan berkata polis turut mengesan trend terbaharu sindiket dadah yang menggunakan kepakaran warga asing bagi menghasilkan dadah jenis baharu menggunakan bahan yang dibawa masuk dari luar negara.

Sementara itu beliau berkata dalam tempoh Jan 2024 hingga Feb lepas, polis telah merampas 115 tan dadah bernilai RM1.7 bilion.

Merujuk kepada majlis hari ini Ayob Khan berkata perolehan dua alat iaitu TimsTOF dan Dart TQ masing-masing berharga RM3.9 juta dan RM2 juta itu akan memudahkan lagi pengesanan bahan dan dadah jenis baharu.

Selepas majlis perasmian, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kerjasama Strategik untuk Aktiviti Pendidikan dan Penyelidikan Dalam Bidang Sains Forensik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan UKM di fakulti berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

AEON Bank Biz powers up business growth with Term Financing-i and Working Capital Financing-i

AEON Bank (M) Berhad, Malaysia's first digital Islamic bank, has expanded its business banking financing facilities with the introduction of Term Financing-i and Working Capital Financing-i, anchored by its Business Banking vertical, AEON Bank Biz.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings