KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.

Titah Seri Paduka Baginda, ia demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara.

“Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara.

“Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, dan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata, demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara,” titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, hari ini.

Pada masa sama Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar kerajaan terus berusaha untuk meringankan beban hidup rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.

--LAGI