the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Nazrin berangkat ke majlis Hari Raya peringkat negeri

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada 3.05 petang disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan beberapa orang kenamaan.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Pada majlis itu juga Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah kebajikan anak yatim Vision Home, Pertubuhan Pengurusan Rumah Anak Yatim & Miskin Anning, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam dan Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar.

Kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum memeriahkan sambutan dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan antaranya sate, kebab, nasi himpit, kuetiau, ketupat, lemang, rendang, laksa, apam lenggang dan minuman.

Terdahulu, Saarani dalam sembah ucapannya berkata setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menyatukan dan mendamaikan.

“Setiap daripada kita bertanggungjawab untuk menyalakan kembali semangat perpaduan supaya ia tidak dibiarkan kelam ditelan api permusuhan,“ katanya.

Beliau berkata musim perayaan adalah saat untuk menautkan kembali hati bagi menyuburkan kembali semangat kekitaan.

Ini kerana katanya kebelakangan ini, masyarakat sering sahaja berhadapan bermacam insiden dan episod yang menggoncang semangat perpaduan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings