ISKANDAR PUTERI: Tindakan tegas terhadap rasuah kekal menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan negara mencapai kecekapan dan ketelusan yang lebih baik serta memudahkan urusan perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kestabilan yang terhasil daripada majoriti dua pertiga di Parlimen membolehkan kerajaan memastikan Malaysia memiliki tadbir urus yang lebih baik sekali gus membersihkan imej negara yang kadangkala dikaitkan dengan tahap rasuah yang tinggi dan tadbir urus lemah.

“Sebab itulah, dengan tepat, mengapa tindakan tegas terhadap rasuah jelas menjadi keutamaan kerajaan dan kita mesti kekal konsisten untuk memastikan ia berterusan.

“Melalui langkah tadbir urus yang berkesan dan membawa negara keluar daripada rasuah, kita akan mencapai kecekapan dan ketelusan yang lebih baik serta mempermudah urusan perniagaan,“ kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam ucapan pada Invest Malaysia Iskandar 2024 di sini hari ini.