the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tingkat pelaburan dalam AI, pembangunan kemahiran dalam Belanjawan 2025 – Learning Edge

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Perthpal Singh Khosa menekankan jika Malaysia kekal mahu berdaya saing dalam pasaran global yang berkembang pesat, keterangkuman ekonomi adalah penting bagi menyediakan rakyatnya tanpa mengira latar belakang atau umur, akses kepada peluang dalam landskap digital baharu.

“Ini perlu dibuat dengan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, menyediakan peluang yang saksama kepada pendidikan selain menyokong pembelajaran sepanjang hayat,“ katanya kepada Bernama.

Perthpal mencadangkan tumpuan khusus untuk pelaburan perlu dibuat ke atas pendidikan teknikal serta vokasional (TVET), pendidikan digital dan program kepimpinan yang berkaitan industri, dengan menyatakan bahawa peruntukan bajet secara strategik adalah kritikal dalam memperkukuhkan pembangunan modal insan, khususnya melalui inisiatif TVET.

Beliau bagaimanapun melahirkan kebimbangan bahawa beberapa inisiatif semasa tidak menghasilkan profesional mahir yang diperlukan untuk memacu negara ke hadapan.

“Perubahan yang akan kita saksikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang akan lebih pantas dan lebih transformatif berbanding dekad sebelum ini. AI akan merevolusikan industri dan mereka yang tidak bersedia akan ketinggalan,” katanya.

Sebagai pendukung pembangunan bakat, Perthpal memberitahu sistem TVET yang dibiayai dengan baik, berkaitan industri adalah penting untuk melengkapkan individu dengan kemahiran khusus yang diperlukan bagi menjamin daya saing Malaysia dalam sektor pembuatan, logistik serta industri baru muncul seperti teknologi hijau.

“Pelaburan yang signifikan dalam pendidikan digital adalah penting untuk memastikan generasi akan datang memiliki kelancaran digital memandangkan automasi dan AI akan terus mentakrifkan semula industri.

“Kita juga perlu membiayai program pembangunan kepimpinan di semua peringkat disebabkan pemimpin yang efektif akan memberi inspirasi kepada pasukan mereka untuk memacu produktiviti. Insentif pembelajaran sepanjang hayat juga adalah penting, ia memudahkan rakyat Malaysia mengakses pendidikan berterusan melalui geran, subsidi atau skim yang disokong majikan,” katanya.

Perthpal juga menekankan kepentingan pelaburan yang besar dalam infrastruktur digital untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan termasuk mengintegrasikan AI dan automasi ke dalam operasi.

Beliau menyokong kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta, menggesa penglibatan pakar industri dalam penggubalan dasar bagi memastikan pelaburan berkesan dalam latihan kemahiran dan pembangunan AI.

“Belanjawan ini dijangka mampu mendorong syarikat berkaitan kerajaan untuk diselaraskan dengan matlamat negara secara lebih rapat terutamanya dalam pembangunan kemahiran,” katanya lagi.

Menurut Perthpal, walaupun tambahan angka pembiayaan dalam bidang tertentu adalah penting untuk pembangunan bakat, pihak berkepentingan dalam pembangunan sumber manusia telah meminta ketelusan yang lebih besar mengenai kaedah agihan penyaluran kewangan termasuk kawalan kualiti yang lebih baik dalam program latihan yang dibiayai oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia.

“Kita mesti memastikan bahawa program yang dilaburkan memberikan hasil. Beberapa inisiatif latihan sekarang ini, dilihat gagal melahirkan profesional berkemahiran yang kita harapkan,” tambahnya.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Parlimen menjelang 18 Okt 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings