the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang 1,000 kit bantuan bencana

KUALA LUMPUR: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 1,000 unit kit bantuan bencana kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis serahan kit berkenaan diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada hari Ahad (Dis 1) kepada Pegawai Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) Lt Mohamad Nor Helmi Mohamed Amin dan Lt Mohamad Farid Embok Mosik sebelum disampaikan kepada mangsa banjir.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian.

Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh menerusi hantaran berkenaan berkata YSIJ merakamkan penghargaan kepada semua anggota JMF yang membantu menghantar serta menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima dalam meringankan beban mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings