the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gaji rendah, kurang pendedahan faktor negara kurang pekerja keselamatan siber

KUALA LUMPUR: Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

Pakar Keselamatan Siber Fong Choong Fook berkata pakar bidang itu lebih gemar memilih untuk bekerja di Singapura kerana pulangan yang berganda.

Beliau berkata bidang keselamatan siber adalah antara sektor yang menerima bayaran tertinggi dalam bidang teknologi maklumat (IT) di negara ini, namun jika dibandingkan dengan Singapura, pendapatan di negara itu lebih lumayan disebabkan perbezaan kadar tukaran mata wang.

“Ini kerana pendapatan kasar pekerja siber tempatan negara sekitar RM3,200 manakala di Singapura SGD3,000 (RM10,500) dan ini menjadi faktor negara kita kekurangan pakar keselamatan siber,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Justeru, Fong yang juga Pengerusi Eksekutif LGMS Berhad, sebuah syarikat perunding keselamatan siber, berkata kerajaan perlu memberi insentif atau pengurangan cukai bagi menggalakkan lebih ramai bakat dalam keselamatan siber bekerja di Malaysia.

“Kalau kerajaan hendak capai katakan 25,000 bakat, Malaysia mesti bantu industri tempatan dahulu. Caranya dengan membuat polisi yang boleh menyokong industri ini seperti memberi insentif dan pengurangan cukai, jadi syarikat mampu bayar tenaga kerja dengan gaji lumayan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pengkomputeran di Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Suhaidi Hassan berkata kurangnya kesedaran dan pendedahan mengenai keselamatan siber menyumbang kepada kekurangan pakar bidang itu.

Beliau berkata ketika pandemik COVID-19, berlaku peningkatan pencerobohan maklumat susulan pembangunan pesat teknologi selain peningkatan kebergantungan masyarakat terhadap Internet.

“Awalnya kita tidak sedar benda ini penting tetapi selepas COVID-19, kita mengalami masalah keselamatan siber, saya melihat perlu Malaysia ada lebih ramai pakar dalam bidang ini,“ katanya.

Suhaidi berkata UUM bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam menawarkan program khusus pada peringkat sarjana muda dan peringkat sarjana ke arah mempertingkatkan lagi kualiti keselamatan siber dalam negara.

“Penambahbaikan dari segi kokurikulum akan sentiasa dilakukan, juga dari segi capaian kemudahan. Kita akan besarkan lagi pengambilan selari dengan keperluan untuk menambah pakar dalam bidang keselamatan siber ini,“ katanya.

Beliau berkata selain menambah bilangan sumber manusia, kualiti, pengetahuan, kepakaran dalam bidang itu juga perlu sentiasa dikemas kini seiring perkembangan global supaya setiap serangan keselamatan siber boleh dikendalikan dengan baik.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), Suhaidi berkata Malaysia perlu memperkasakan penyelidik tempatan supaya dapat terkedepan dalam penggunaan teknologi itu.

“Bukan itu sahaja, kita juga perlu memperkasakan agensi teknikal siber negara iaitu CyberSecurity Malaysia,” katanya dan menambah rang undang-undang berhubung keselamatan siber perlu diluluskan segera oleh Parlimen.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja dalam bidang keselamatan siber pada 2025, namun dianggarkan hanya terdapat 13,000 pakar bidang itu di pasaran. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings