the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gaza: Hospital, kemudahan kesihatan mesti dilindungi daripada pengeboman – WHO

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi gesaan bahawa hospital dan kemudahan kesihatan lain mesti dilindungi daripada pengeboman dan penggunaannya untuk tujuan ketenteraan di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

WHO berkata, ribuan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza masih memerlukan akses kepada permintaan perkhidmatan kesihatan yang mendesak dan penting dalam persekitaran kekurangan ubat-ubatan, bekalan kesihatan dan bantuan lain seperti bahan api, air dan makanan.

Pertubuhan itu berkata, pesakit-pesakit berkenaan mesti mempunyai akses berterusan kepada penjagaan kesihatan di Gaza.

“Mereka yang amat memerlukan termasuk ribuan orang awam yang cedera parah, kebanyakan daripada mereka kanak-kanak,“ menurut WHO dalam satu kenyataan.

Terdapat lebih 1,000 orang di wilayah itu yang memerlukan rawatan dialisis buah pinggang untuk terus hidup, lebih 2,000 pesakit menjalani terapi barah, 45,000 orang lagi menghidap penyakit kardiovaskular manakala lebih 60,000 orang menghidap diabetes.

“WHO menyeru akses segera dan dipercepat untuk bantuan kemanusiaan – termasuk bahan api, air, makanan dan bekalan perubatan – ke dan di seluruh Semenanjung Gaza selain akses bagi pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan di luar Gaza.

“WHO juga menyeru gencatan senjata kemanusiaan untuk mengelakkan lebih banyak kematian dan penderitaan,” menurut pertubuhan itu.

Pertubuhan itu juga mengalu-alukan keputusan Mesir untuk menerima sebanyak 81 penduduk Palestin yang cedera dari Semenanjung Gaza untuk menjalani rawatan.

WHO berkata, Hospital Arish di wilayah Sinai Utara akan menjadi hospital rujukan utama manakala rujukan seterusnya ke hospital-hospital barisan kedua di Mesir juga telah diatur.

Sebelum 7 Okt, kira-kira 100 pesakit memerlukan akses perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus di luar Semenanjung Gaza setiap hari kerana kekurangan perkhidmatan kesihatan itu di Gaza. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings