the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 177 saman terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan teknikal lain dalam Op Khas di Plaza Tol Juru di sini malam tadi.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi bermula 11 malam hingga 7 pagi ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

“Sebanyak 10 kenderaan barangan yang membawa lebih muatan juga telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959.

“Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang lampu strob tanpa kebenaran, cermin gelap dan ubah suai kenderaan,” menurut JPJ Pulau Pinang menerusi laman Facebook rasminya.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pemandu serta pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang selain memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings