the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tinjauan: Majoriti rakyat AS tidak setuju dasar Biden mengenai konflik Gaza

MOSCOW: Sebanyak 60 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju dengan cara Presiden AS Joe Biden (gambar) mengendalikan konflik antara Israel-Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Sputnik.

Tinjauan oleh The Wall Street Journal pada Ahad mendedahkan sebanyak 42 peratus daripada responden percaya Israel agak keterlaluan dalam tindakannya memerangi kumpulan Palestin di wilayah terkepung itu.

Selain itu, sebanyak 19 peratus daripada responden percaya tindakan Israel di Gaza tidak memadai manakala 24 peratus lagi percaya tindak balas Israel adalah betul.

Tinjauan itu juga mendedahkan simpati dalam kalangan penduduk AS terhadap rakyat Palestin semakin meningkat kerana 33 peratus responden percaya Amerika Syarikat tidak melakukan cukup usaha untuk membantu mereka.

Pada masa sama 30 peratus rakyat Amerika berpendapat bahawa AS memberikan terlalu banyak bantuan kepada Israel.

Tinjauan itu dijalankan dari 21 hingga 28 Feb melibatkan seramai 1,500 responden. –AFP

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings