the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam

CHUKAI: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi seberat tiga kilogram (kg) dan cukup sifat itu ditemukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

“Saya meminta kerjasama klinik swasta dan kerajaan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada menerima kes wanita baru melahirkan anak,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, pemilik kedai ayam berkenaan Raja Mahidi Raja Ayub, 38, berkata bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan sudah tertanggal tali pusat dan menggigil kesejukan.

“Pada mulanya pemandu lori berkenaan menyangka tangisan bayi itu datang daripada anak kucing. Selepas diperiksa dia terkejut bayi itu ditemukan atas lantai dengan hanya beralaskan baju.

“Tahun lepas pernah berlaku insiden sama di kawasan ini tetapi melibatkan bayi perempuan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings