the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Norliyana Kamaruddin dipantau rapi menjelang Sukan SEA 2025

SEPANG: Atlet lompat tinggi wanita negara Norliyana Kamaruddin akan berada di bawah pemantauan ketat selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan buku lali menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand.

Jurulatihnya, Muhamad Malik Ahmad Tobias, berkata langkah itu penting untuk memastikan sasaran Norliyana meraih emas di temasya dwitahunan itu tetap kukuh.

“Tahun lepas fokus utama ialah pemulihan kecederaannya. Kejohanan Terbuka Thailand baru-baru ini ialah yang ketiga disertainya selepas Terbuka Filipina dan Terbuka Perak, dengan catatan lompatan bawah 1.80 meter (m).

“Memandangkan faktor usia, kami perlu bijak memilih kejohanan. Mungkin hanya empat kejohanan sebelum Sukan SEA. Saya harap dia dapat kekal konsisten,“ katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 semalam.

Norliyana meraih emas di Terbuka Thailand dengan lompatan 1.75m, mengatasi catatan 1.73m pemenang gangsa Sukan SEA 2023, Michelle Sng Suat Li dari Singapura.

Malik mahu Norliyana mengelak kecederaan sambil membina momentum untuk menyaingi rekod melebihi 1.80m, seperti dicapai atlet tuan rumah temasya lepas. Rekod peribadi terbaik Norliyana ialah 1.82m.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings