the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemecatan salah: Mahkamah benar semakan kehakiman oleh kerajaan Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi membatalkan award berjumlah RM66,000 yang diberikan oleh Mahkamah Perusahaan kepada seorang bekas pengawal keselamatan yang bertugas di Kedutaan AS kerana pemecatannya secara salah.

Hakim Datuk Amarjeet Singh dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati pemohon (kerajaan AS) dan kedutaannya mempunyai imuniti dan terlindung daripada bidang kuasa Mahkamah Perusahaan berkenaan dengan tuntutan bekas pengawal keselamatan L. Subramaniam di bawah Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan semakan kehakiman pemohon. Responden kedua (Subramaniam) perlu membayar kos RM8,000,“ kata hakim itu dalam keputusan yang disampaikan melalui e-mel.

Peguam Lim Heng Seng dan Summer Chong Yue Han mewakili kerajaan AS manakala Subramaniam diwakili peguam Ragunath Kesavan dan Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili Peguam Negara selaku amicus curiae atau sahabat mahkamah.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan AS memfailkan permohonan baharu itu dengan menamakan Mahkamah Perusahaan dan Subramaniam sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan itu, Kerajaan AS memohon perintah untuk membatalkan award yang diberikan oleh Mahkamah Perusahaan pada 2023 kepada Subramaniam.

Kerajaan AS turut memohon perintah mahkamah agar pemecatan Subramaniam adalah kerana salah laku disiplin dalaman kedutaan negara itu, dan negara terbabit serta kedutaannya dilindungi imuniti daripada bidang kuasa Mahkamah Perusahaan berkenaan dengan tuntutan Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Pada 8 Jan 2020, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa kerajaan AS dan kedutaannya dilindungi oleh imuniti serta mengarahkan Mahkamah Perusahaan tidak mendengar kes pemecatan salah Subramaniam.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 2021 mengetepikan keputusan itu dan memerintahkan Mahkamah Perusahaan meneruskan pendengaran tuntutan tersebut yang menyebabkan kerajaan AS merayu ke Mahkamah Persekutuan, namun rayuan itu ditolak.

Pada 27 April 2023, Mahkamah Perusahaan memberikan award berjumlah RM66,000 kepada Subramaniam sebagai pampasan selepas mendapati kedutaan itu memecat beliau secara salah.

Sebelum ini, Subramaniam mendakwa beliau telah dipecat secara salah pada 2008 selepas bertugas lebih 10 tahun dengan Kedutaan AS.

Dakwa Subramaniam, 56, beliau hanya menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan di kedutaan itu dan tidak terlibat dengan fungsi diplomatik atau keputusan kerajaan AS selain tidak memiliki sebarang akses kepada maklumat atau dokumen sulit yang berkaitan dengan kedutaan itu atau kerajaan AS. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings