the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB Perak: RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur

IPOH: Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar).

Selain itu, Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak berkata RUU tersebut penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur terhadap kerajaan supaya mereka tidak diganggu oleh kenyataan golongan ‘tebuk atap’ yang mengancam ekonomi negara.

“Kalau itu (RUU) boleh menutup ruang kenyataan (oleh golongan tebuk atap), maka ia bagus untuk dilaksanakan),“ katanya kepada pemberita tentang cadangan penggubalan RUU itu pada sidang media Konvokesyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak 2024 di sini hari ini.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.

Ia untuk memastikan peristiwa terdahulu berkaitan pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali tidak berulang.

Saarani yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata Perak sedia mengguna pakai rang undang-undang tersebut jika diluluskan oleh Parlimen.

Sementara itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata Kerajaan Madani yang memerintah negara pada masa ini adalah kukuh dengan sokongan 157 Ahli Parlimen.

“Itu jelas (Kerajaan Perpaduan kukuh), saya tak faham kenapa ada isu-isu seperti Langkah Dubai dan sebagainya, melainkan jika ia sekadar sabotaj politik. Berhentilah yang nak ‘berlangkah-langkah’ ni.

“Dan jika tidak ada akta tersebut pun, ada akta lain seperti Akta Anti Lompat Parti, Akta Hasutan dan sebagainya untuk mengawal semua ini (sabotaj politik),“ kata beliau. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings