TINDAKAN berani seorang pemandu “tow truck” menyelamatkan sebuah kereta dari tenggelam sepenuhnya dalam sebuah sungai baru-baru ini telah tular dan membuatkan netizen kagum.

Meskipun dalam keadaan yang mencabar, beliau menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap pekerjaannya, sekaligus meraih pujian meluas di TikTok.

Video yang dikongsikan oleh @pohcarcarrier mendapatkan perhatian warga maya dengan 73,600 tontokan dan lebih 100 komen.

Difahamkan, lelaki itu tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan untuk perkhidmatan menunda kereta bagi mengeluarkan kenderaan yang tenggelam, dengan terus menerjun ke dalam sungai berlumpur itu.

Warga netizen turut memuji lelaki tersebut kerana dedikasinya terhadap pekerjaanya, manakala ada juga yang berseloroh bahawa beliau memberikan cara “cuci kereta” yang baharu di dalam sungai.

Seorang pengguna media sosial, @madu04941, menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan lelaki itu, dengan mengulas, “berapa kotor air sungai lebih-lebih lagi banyak sampah di tepi sungai”

Seorang pengguna lain pula mencadangkan agar rakan pengendali trak tunda sepatutnya membantu lelaki itu dalam misinya, dan bukannya merakam kejadian tersebut.