TEMPAT cuci kenderaan atau ‘car wash’ di Malaysia adalah perkara biasa dimana ia mudah dijumpai di mana-mana tempat, tidak kira di kawasan bandar atau luar bandar.
Bagaimanapun, sebuah kedai cuci kereta telah mengejutkan netizen selepas menawarkan pelbagai perkhidmatan mencuci untuk pelbagai jenis kenderaan berat.
Dalam satu hantaran TikTok oleh @Syagreyy, klip pendek itu menunjukkan senarai harga cucian untuk pelbagai jenis kenderaan berat.
Lebih membingungkan lagi, kenderaan seperti kapal terbang, jet pejuang, helikopter dan kapal selam turut disenaraikan.
“Lama dah tak basuh helikopter dekat rumah tu, boleh datang sini,” tulis pemilik akaun itu secara berseloroh dalam kapsyennya.
Kebanyakan netizen dalam respons mereka mendapati senarai itu lucu dan mencuit hari.
Ramai yang tidak menyangka kenderaan berkaitan udara dan laut turut dimasukkan dalam senarai perkhidmatan mencuci/membersih mereka.
@eyman berkata: “Backhoe boleh terima lagi...tapi kapal selam.”
“Backhoe, bas okey lagi. Nahhh, helikopter, jet pejuang, kapal selam. Next level weii,” kata
@Bystrohodnyi_tank_5.
“Kapal selam tak payah basuh bang, dia dah dalam air,” komen BauluPanasLangkawi secara berseloroh.
Pemilik akaun itu juga membalas komen-komen lucu itu dengan berkata, “Siapa sangka betul-betul datang. Seronok ada harga.”
Setakat ini, hantaran itu telah menerima 100,500 likes’ dan 3,541 komen.