the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat elemen kongsi gelap dalam kes tembak di Meru

SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam kes seorang lelaki ditemukan mati di dalam kereta dipercayai akibat ditembak berhadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata setakat ini pihaknya telah memanggil beberapa individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang bekerja sendiri itu sedang menemani rakannya yang mahu membeli motosikal terpakai di kedai terbabit.

“Mangsa didapati ditembak dari jarak dekat manakala proses bedah siasat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan sekitar kejadian.

Semalam, Vijaya Rao berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.37 petang dan setibanya anggota di lokasi telah menemukan mayat warga tempatan berusia 46 tahun di tempat duduk pemandu dalam keadaan mengiring.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings