the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PDRM terus kekal diyakini di bawah kepimpinan Mohd Khalid – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan latar belakang kepimpinan cemerlang termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman serta memegang pelbagai jawatan strategik sejak 2018, beliau yakin Mohd Khalid akan membawa pendekatan yang menyeluruh dan progresif dalam memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam.

“Insya-Allah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Khalid, saya percaya Polis Diraja Malaysia akan terus kekal sebagai institusi yang dipercayai rakyat serta disegani kawan dan lawan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Razarudin Husain atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara dan sumbangan Razarudin akan sentiasa dikenang.

Mohd Khalid, 60, yang dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Razarudin berkuat kuasa hari ini, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 Sept 2021.

Related

spot_img

Latest

Flyer King Repositions Its Brand for 2026, Launches New Slogan

Flyer King enters 2026 with a new slogan, signaling its transformation from street-level flyer distribution to a comprehensive marketing partner specializing in brand events, cross-platform promotion, and long-term visibility strategies.

Kryston Catering launches Year of the Golden Horse collection for seamless reunion celebrations

Celebrate the Year of the Golden Horse with Kryston Catering’s 2026 menus, from Deluxe Auspicious Treasure Pots for families to Dynasty Buffets for corporate events, designed for effortless, memorable reunion celebrations.

MCMC seeks meeting with X over Grok suspension in Malaysia

Malaysia's communications regulator contacts X to arrange a meeting next week regarding the temporary suspension of the AI tool Grok for misuse in generating explicit content.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories