the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen nafi sekat individu ke luar negara, sekatan hanya di Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia hari ini menafikan terdapat sebarang sekatan terhadap seorang individu yang mendakwa dihalang meninggalkan negara pada 6 Jun lepas, seperti yang tular di media sosial dan dilaporkan beberapa portal berita.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata individu berkenaan tidak disekat untuk membuat perjalanan ke luar negara, namun sekatan masuk ke Sabah masih berkuat kuasa atas arahan pihak berkuasa negeri.

“Jabatan mengambil maklum kekeliruan yang timbul disebabkan perbezaan paparan maklumat antara versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem semakan status perjalanan di laman rasmi jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan kekeliruan itu berpunca daripada portal versi bahasa Inggeris yang sedang melalui proses pengemaskinian dan kini ditutup sementara waktu.

“Pihak jabatan sedang menjalankan semakan teknikal dalaman bagi memastikan ketepatan dan konsistensi maklumat dalam semua versi bahasa agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna,” katanya.

Zakaria turut menegaskan pihaknya sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab berdasarkan peruntukan undang-undang serta menjunjung prinsip ketelusan dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan.

Baru-baru ini, aktivis dan pereka grafik bebas Fahmi Reza mempersoalkan ketelusan sistem imigresen selepas hasil semakan terbaharu di laman web jabatan itu memaparkan mesej ‘sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat’ yang disifatkan menunjukkan sekatan aktif terhadap dirinya.

Fahmi mendakwa semakan menerusi versi bahasa Inggeris di laman web sama menunjukkan keputusan berbeza iaitu ‘no restriction’ (tiada sekatan), manakala versi bahasa Melayu pula mengarahkan rujukan ke pejabat imigresen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings