the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

AMK buat laporan polis berikutan ugutan bunuh terhadap PM Anwar

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah membuat dua laporan polis berikutan video tular yang memaparkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut dibuat berhubung insiden semasa operasi pengosongan 37 unit rumah di Kampung Sungai Baru pada hari ini.

Ketua Penerangan AMK Kuala Lumpur Mohammad Rais Hamda menyatakan kedua-dua laporan dibuat oleh AMK Kuala Lumpur dan AMK Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 8 malam.

Beliau menegaskan bahawa anak muda mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk ugutan bunuh yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

“Kami berharap kertas siasatan akan dibuka dan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku berkenaan,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan.

Mohammad Rais turut ditemani oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor Abdullah Zaid Abdullah Sani serta beberapa ahli AMK yang lain.

Video tular di TikTok tersebut memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap Anwar dan mendakwa pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din mengesahkan menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories