the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sukar beri sokongan awal lembaga keamanan Gaza tanpa jaminan

PM Anwar Ibrahim berkata Malaysia sukar menyokong lembaga keamanan Gaza tanpa jaminan jelas untuk hentikan serangan Israel dan pulihkan bantuan

BANGI: Malaysia sukar menyatakan sokongan awal terhadap cadangan penubuhan Lembaga Keamanan bagi Gaza sekiranya tiada jaminan yang jelas dan tegas berhubung nasib rakyat Palestin, terutama di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Kita bagi pandangan. Kita ikuti dan kita agak sukar (beri dukungan) melainkan ada jaminan yang betul-betul baik dan tegas soal rakyat Gaza dan Palestin.

“(Soal) pengiktirafan (dan) menghentikan sama sekali serangan ganas yang biadab oleh rejim Israel dan memulihkan bantuan kemanusiaan. Ini belum dilakukan, jadi kita sukar untuk memberikan dukungan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar berkata Malaysia memilih untuk berhati-hati sebelum menyatakan sebarang sokongan terhadap penubuhan Lembaga Keamanan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang bertujuan menamatkan perang di Gaza.

Perdana Menteri berkata kerajaan setakat ini belum memperoleh maklumat yang jelas berhubung penubuhan lembaga berkenaan.

Pada 16 Jan lepas, Trump mengumumkan penubuhan sebuah Lembaga Keamanan untuk Gaza sebagai elemen utama fasa kedua rancangan bagi menamatkan perang di wilayah Palestin itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings