the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar hadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Ketibaan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada 10 pagi itu disambut pimpinan utama parti termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Gobind Singh Deo.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim Chee Keong dan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Proses pemilihan CEC DAP yang bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 itu menyaksikan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Steven Sim sebelum ini memaklumkan 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan.

Mereka yang terpilih dalam CEC itu akan menerajui barisan kepimpinan DAP bagi penggal 2025 hingga 2028, yang kemudiannya turut akan memilih kepimpinan tertinggi termasuk Setiausaha Agung baharu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings