the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

IKM, KKTM, MJII kini dikenali sebagai TVETMARA

25 institusi kemahiran MARA dijenamakan semula sebagai TVETMARA bagi memperkukuh ekosistem TVET dan laluan pendidikan kemahiran negara.

TASEK GELUGOR: Semua Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah dijenamakan semula sebagai TVETMARA.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penjenamaan semula 25 institusi itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengangkat Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai agenda utama negara.

Beliau berkata ia adalah usaha memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal baharu di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Laluan pendidikan di bawah TVETMARA disusun mengikut tahap kemahiran, dengan GiatMARA menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3, manakala Tahap 4 dan 5 akan berada di bawah TVETMARA,” katanya.

Beliau menambah graduan juga mempunyai pilihan melanjutkan pengajian ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi program peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.

Ahmad Zahid berkata TVETMARA terbuka kepada pelajar pelbagai latar belakang termasuk lepasan SPM, GiatMARA dan kolej vokasional.

Peluang itu turut terbuka kepada golongan tidak mempunyai kelulusan SPM atau tidak memperoleh kredit.

Beliau berkata kerjasama institusi TVET dengan pemain industri menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan yang kini berada pada tahap 98.7%.

Kebolehpasaran bagi institusi IKM sahaja telah mencapai 100%.

“Kerajaan berharap penjenamaan semula ini dapat mengekalkan pencapaian berkenaan serta memperluas peluang graduan melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Ini khususnya dalam usaha kerajaan memenuhi keperluan melahirkan 60,000 jurutera dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E) di pasaran.

Ahmad Zahid turut mengumumkan IKM Seberang Perai Utara akan melaksanakan Pelan Transformasi ke arah National Electrical Energy Specialist Academy (NEST).

Pelan Transformasi Strategik NEST itu bagi tempoh 2025 hingga 2035.

Pelaksanaan kerangka NEST ini dijajarkan dalam dua fasa pembangunan utama iaitu Pembangunan Komuniti dan Industri, serta Pembangunan Nasional.

“Keseluruhan pelaksanaan ini digerakkan melalui empat bidang fokus utama, disokong lima strategi teras, merangkumi 29 inisiatif strategik serta dipacu oleh lapan pemangkin utama,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Socso’s 24/7 protection scheme set for mid-year rollout

The Social Security Organisation's new round-the-clock coverage scheme is expected to be implemented by the middle of this year, extending protection to workers for accidents outside of working hours.
spot_img

Popular Categories