the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 motosikal disita, seorang ditahan dalam operasi bersepadu samseng jalanan

BUTTERWORTH: Polis menyita 10 motosikal serta menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata dalam operasi bermula 6.45 petang hingga 9 malam itu, pihaknya turut mengeluarkan 111 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Semasa operasi dijalankan pihak polis menutup semua laluan keluar masuk di kawasan operasi iaitu dari susur di Pelabuhan Pulau Pinang dan BORR di kedua-dua arah sebelum menahan 90 motosikal dan 132 individu.

“Kebanyakan penunggang motosikal bersikap agresif untuk melepaskan diri daripada operasi itu dan pihak polis telah menggunakan semua cara dianggap munasabah bagi menahan penunggang yang bertindak agresif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua motosikal dibawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) SPU untuk proses siasatan dan dokumentasi sebelum menyita 10 motosikal dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Anuar berkata seramai 60 pegawai dan anggota polis BSPT SPU bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah IPD SPU terlibat dalam operasi itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings