the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

JEMPOL: Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian melibatkan lelaki berusia 61 tahun itu bermula selepas dia melihat iklan pelaburan di Facebook 27 Sept lepas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

“Pengadu menggunakan kesemua wang simpanan hasil caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meminjam dengan rakannya untuk menyertai pelaburan berkenaan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai permulaan pengadu membuat transaksi sebanyak RM4,220 ke dalam sebuah akaun pada 5 Okt, dan kemudian melakukan 24 lagi transaksi secara berperingkat sehingga 7 Jan lepas ke dalam lima akaun bank berbeza.

Hoo berkata mangsa bukan sahaja belum menerima pulangan, malah terus diminta memasukkan wang kononnya untuk pelbagai urusan dan ini menyebabkan warga emas itu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan saya ingin menasihatkan supaya semak dengan pihak berkuasa sebelum melabur,“ katanya sambil menggesa orang ramai tidak masukkan wang tanpa mengetahui identiti individu yang berurusan dengan mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings