the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat kawasan di Kapit terjejas akibat tanah runtuh

KAPIT: Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebahagian kawasan di Kapit berikutan hujan lebat berterusan semalam, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata empat kawasan terjejas itu ialah Kampung Baru, Jalan Puan Sri Tiong, Jalan Kampung Kemarau dan sekitar Lapangan Terbang Kapit.

“Berhubung kejadian di Kampung Baru, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kapit menerima satu laporan pada 1.10 tengah hari semalam daripada seorang penduduk yang memaklumkan berlaku tanah runtuh di belakang rumahnya.

“Pihak APM mendapati tanah runtuh yang menimpa bahagian dapur rumah penduduk berkenaan berpunca daripada hujan lebat. Penduduk itu sudah dinasihatkan berpindah dan segera menghubungi pihak berwajib sekiranya kejadian sama berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nanta berkata kejadian itu juga mengakibatkan jalan utama menghubungkan Kampung Muhibbah terputus, dan tiada sebarang perkara tidak diingini dilaporkan setakat ini.

Beliau menasihati penduduk yang terkesan supaya memastikan keselamatan diri dan keluarga selain mematuhi saranan, arahan serta nasihat pihak berkuasa.

“Saya juga berharap semua pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan keselamatan penduduk yang terjejas,” tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings