the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Bangladesh mengaku tidak bersalah terima suapan RM2,000

BUTTERWORTH: Seorang lelaki Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima suapan RM2,000 minggu lepas.

Pengakuan Aliff Khan, 35, yang bekerja sebagai kontraktor itu direkodkan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Dia didakwa menerima suapan itu dari seorang wanita Indonesia di perkarangan sebuah hotel di sini antara 9.20 malam dan 9.45 malam 17 Okt lepas, sebagai dorongan untuk membantu bagi mengeluarkan nama wanita itu daripada rekod senarai hitam Imigresen.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Afiqa Liyana Rozman yang tidak menawarkan jaminan kepada Aliff Khan dan menetapkan 20 Nov ini sebagai sebutan semula kes.

Kontraktor itu diwakili peguam Lim Sheng Zhe.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings